PERATURAN PSS

PERATURAN
PUSAT SUMBER SEKOLAH


PENGENALAN

            Setiap Pusat Sumber Sekolah seharusnya mempunyai peraturan yang tersendiri. Ianya dibuat berdasarkan polisi sesebuah sekolah.
            Berikut adalah peraturan- peraturan yang perlu ada di sesebuah Pusat Sumber Sekolah:


5.0.1     Peraturan Am Pusat Sumber Sekolah
5.0.2     Peraturan Bilik Perpustakaan
5.0.3     Peraturan Bilik Bahan Bantu Mengajar
5.0.4     Peraturan Peminjaman dan Pemulangan Buku
5.0.5     Peraturan Kecemasan atau Kebakaran
5.0.6     Peraturan Penggunaan Alatan

Peraturan-peraturan di atas diadakan adalah untuk membantu pengurusan Pusat Sumber Sekolah agar dilaksanakan dengan sistematik dan memudahkan pengguna mendapatkan maklumat dan bahan.

          

PERATURAN  PUSAT SUMBER SEKOLAH SJK (C) SIN MIN
  1. Pusat Sumber dibuka pada setiap hari persekolahan iaitu Isnin hingga Jumaat pada pukul 720-745pagi dan 10.00-10.20 pagi.
  2. Bahan-bahan dan alatan yang dipinjam hendaklah dicatatkan dalam buku / fail “REKOD PINJAMAN.
  3. Tempoh pnjaman adalah 1 minggu. Pemulangan yang lewat akan didenda (sila rujuk peraturan pinjaman dan pemulangan buku).
  4. Tempoh pinjaman boleh dilanjutkan dengan memperbaharui tarikh pinjaman.
  5. Bahan-bahan yang dikembalikan hendaklah diletakkan di tempat asalnya.
  6. Jika berlaku kerosakan atau kehilangan bahan, guru yang berkenaan perlu melaporkan dengan kadar segera kepada Penyalaras bilik yang berkenaan atau Penyelaras Pusat Sumber.
  7. Sekiranya berlaku kerosakan pada buku yang dipinjam, pengguna hendaklah melaporkan kepada Penyelaras Perpustakaan untuk tindakan seterusnya.
  8. Buku yang dirosakkan perlu diganti.
  9. Menggunakan bilik-bilik hendaklah mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  10. Sekiranya ingin masuk ke bilik-bilik ini di luar jadual, guru hendaklah pastikan bilik tidak digunakan oleh kelas lain dan maklumkan kepada Penyelaras yang berkenaan.
  11. Penggunaan alatan yang memerlukan kemahiran mestilah terlebih dahulu mempelajarinya dari penyelaras berkenaan.
  12. Guru pastikan suis dan punca elektrik, kipas dan lampu ditutup sebelum keluar dari pusat sumber sekolah.
  13. Murid tidak dibenarkan membuat bising ketika berada di dalam Pusat Sumber kecuali proses P&P yang memerlukan perbincangan.
  14. Beg, fail, makan dan minuman TIDAK DIBENARKAN dibawa masuk kecuali buku nota dan alat tulis. Guru dan kakitangan dibenarkan maminjam 2 buah buku setiap kali pinjaman ( jika ingin meminjam lebih daripada yang ditetapkan, sila maklumkan kepada Penyalaras Perpustakaan ).
  15. Segala pinjaman buku, penggunaan bilik dan sudut bercerita, hendaklah direkodkan di dalam buku yang ditetapkan.
  16. Guru-guru kelas dan guru-guru matapelajaran boleh menbuat pinjaman buku secara pukal (berkelompok) mengikut peraturan yang ditetapkan. Pinjaman dan pemulangan mestilah dilaporkan kepada Penyelaras Perpustakaan.
  17. Kebersihan pusat sumber sekolah adalah tanggungjawab semua pelajar.
   



PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN BUKU SJK (C) SIN MIN
  1. Peminjaman dan pemulangan buku hanya dibuat mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  2. Setiap murid yang mempunyai kad boleh meminjam sebanyak tiga buah buku sahaja.
  3. Pinjaman hanya boleh dibuat melalui Pengawas PSS, guru kelas dan guru Perpustakaan yang bertugas.
  4. Pemulangan hendaklah  dibuat pada tarikh yang dicatatkan kecuali cuti am.
  5. Sesiapa yang lewat memulangkan buku akan dikenakan denda 10 sen sehari.
  6. Murid yang menghilangkan atau merosakkan buku akan dikenakan denda dengan membayar mengikut harga buku tersebut.
  7. Setiap guru yang ingin meminjam buku dikehendaki mencatatkan butiran pinjaman di dalam Rekod Pinjaman Guru yang disediakan di kaunter. Tempoh pinjaman selama 2 minggu.
         


PERATURAN KECEMASAN ATAU KEBAKARAN SJK (C) SIN MIN
1. Tindakan murid:
      a. Pengawas PSS memberitahu guru dengan segera.
      b. Pengawas PSS membuka semua pintu.
      c. Tinggalkan buku atau sebarang alatan di atas meja.
      d. Segera keluar mengikut pintu yang berhampiran.
      e. Elakkan daripada berebut-rebut semasa keluar.
      f. Elakkan daripada membuat bising.
      g. Berkumpul dan beratur di tempat yang telah ditetapkan.

2. Tindakan guru:
a.    Pastikan murid meninggalkan bangunan dengan teratur dan selamat.
b.    Tutup suis utama bangunan.
c.    Gunakan pemadam api yang disediakan.
d.    Pastikan bilangan murid seperti dalam jadual kedatangan pada hari berkenaan.

3.   Tindakan guru bertugas harian:
a.    Ambil langkah segera bagi memastikan murid bergerak dengan selamat.
b.    Telefon bomba.
c.    Laporkan kepada Pengetua / Guru Besar.

No comments:

Post a Comment

NILAM

NILAM